ALAT DAN TEKNIK PRENYOALAN KBAT
Buku ini disusun sebagai rujukan lengkap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk kegunaan guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdPc). Ia menggabungkan dua komponen utama yang memuatkan pelbagai alat pemikiran beserta contoh aplikasinya, dan teknik penyoalan KBAT yang berkesan di bilik darjah. Kandungan buku ini dibahagikan kepada 12 bahagian. Bahagian 1 memperkenalkan konsep KBAT dan Taksonomi Bloom. Bahagian 2 menghuraikan lapan Peta i-Think, manakala Bahagian 3 membincangkan alat perancangan pemikiran seperti 5W1H, PMI, Enam Topi Berfikir, SWOT dan SCAMPER. Bahagian 4 menerangkan rutin berfikir dan Bahagian 5 pula memperkenalkan alat digital yang menyokong PAK21. Bahagian 6 menunjukkan cara alat-alat ini diintegrasikan ke dalam perancangan pengajaran harian. Bahagian 7 membentangkan asas pemikiran dan perbezaan antara Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan KBAT. Bahagian 8 menghuraikan Taksonomi Bloom dan semakan Anderson sebagai rangka pembinaan soalan, termasuk huraian setiap aras pemikiran. Seterusnya bahagian 9 pula membincangkan ciri soalan KBAT yang baik, tujuan menyoal, bagaimana soalan menjana pemikiran dan amalan terbaik guru. Bahagian 10 membimbing guru membina soalan mengikut setiap aras pemikiran dan memupuk pemikiran di luar kotak, manakala Bahagian 11 menghimpunkan koleksi jenis-jenis soalan beserta contoh merentasi mata pelajaran serta strategi memupuk budaya bertanya dalam kalangan murid. Bahagian 12 menutup buku dengan konsep masa menunggu, iaitu teknik mudah tetapi berkesan untuk memperkembangkan pemikiran aras tinggi murid.
Currently No Review